
Cuti sekolah dah nak habis. Syok pun ada, tak syok pun ada. Syok sebab dah nak mulakan tugas guru semula dan tak syok sbb member kamcing bertukar sekolah. tapi tak apa, jauh di mata dekat di hati. Semasa cuti dapat lah mengimbas kenangan semasa di MPSAH. Rasa semacam bila kembali tengok maktab... rasa bangga, rasa sedih, dan macam-macam lagi. Dapat tengok sekolah praktikum 1 SK. Batu Pekaka Kuala Ketil dan SK. Hj. Nyak Gam, Yan. Gamak-gamaknya kerja apa anak-anak murid dulu. Apapun semoga jadi manusia berguna dunia dan akhirat. Ronda pula ke Gunung Jerai .

Terimbas kenangan naik lori semasa turun bersama kawan-kawan kelas E. Best juga rupanya naik lori ni. Pi Penang sedap gak pekena pasembor sambil bawa mak jalan-jalan round Penang. Akhir sekali sebab anak-anak bising nak tidur hotel bawa tidur hotel kat Shah Alam. Jadilah sambil pi Taman Pertanian Shah Alam, Wet World, shopping complex dan makan kebab Feross. Sedap gak. Apa pun cuti balik kampung kat Taiping paling best sebab jumpa mak dan semua kakak tersayang. Jadi over all cuti kali ini pun best sangat!
Nah:)
ReplyDeleteberkata...
Wah!bestnye teacher dapat cuti2 Malaysia.Mesti banyak benda yg teacher dpt tengokkan?saya cuti2 ni duduk kat rumah je:(
Ape2 pun Good luck 2 teacher..