Sunday, March 14, 2010

Assalamualaikum...
Mari kita nikmati video ini sebagai satu motivasi.


Music Videos Motivasi diri oleh DJ Mat - YouTube


Semoga anda terhibur dan boleh kita kongsi bersama
BYE.........

Saturday, January 30, 2010

Masa kenduri banyak

Hari ni jenoh makan kenduri. Macam-macam makanan kat Malaysia ni. Alhamdulillah. kalau rajin mesti tak kebulur kat sini. Yang penting usaha. Masa kenduri ni dapatlah jumpa saudara mara yang jauh dan bau-bau bacang. Baru rasa kenal saudara sendiri. Kalau mak dan bapak tak kenalkan pakat tak taulah ada saudara sikit punya ramai. Masa kenduri pengantin ni sibuknya lain macam sikit. Penatnya Allah je yang tau. Tapi best gak. Lepas kenduri terus balik Taiping. Malam ni nak tengok konsert gempak kat Taman Tasik Taiping. Best kot!Rasa rindu kat mak dah terubat. Alhamdulillah mak sihat.

Thursday, December 31, 2009

Mengajar Sains Pulak Tahun 2010 ni..

Assalamualaikum....
Tahun 2010 ni saya kena mengajar mata pelajaran Sains. Tapi saya tak kisah sebab saya pun memang opsyen Sains dan Matematik masa belajar di Maktab dulu. Oh ye... sebagai satu perkongsian ilmu kepada para sahabat2, rakan2, dan cikgu2 kat seluruh Malaysia ni saya nak kongsi beberapa RANCANGAN TAHUNAN SAINS UNTUK SEKOLAH RENDAH atau dalam English dikenali sebagai YEARLY PLAN. Tapi untuk matapelajaran sains aje ye...
Kalau nak yg lain2.. cari le kat carian google.

RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 1
Yearly Plan Science year 1

RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 2
Yearly Plan Science year 2

RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 4
Yearly Plan Science year 4

RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 5
Yearly Plan Science year 5

RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 6
Yearly Plan Science year 6

Opss...RANCANGAN TAHUNANAN SAINS TAHUN 3 tak ada le... banyak2 minta maaf ye. Dan rasanya untuk kali ini itu sahaja yang dapat kita kongsi. Oh ye?.. Jangan lupa komen kat catatan saya ni. BYE>>>

Cuti sekolah biarlah bermakna






Cuti sekolah dah nak habis. Syok pun ada, tak syok pun ada. Syok sebab dah nak mulakan tugas guru semula dan tak syok sbb member kamcing bertukar sekolah. tapi tak apa, jauh di mata dekat di hati. Semasa cuti dapat lah mengimbas kenangan semasa di MPSAH. Rasa semacam bila kembali tengok maktab... rasa bangga, rasa sedih, dan macam-macam lagi. Dapat tengok sekolah praktikum 1 SK. Batu Pekaka Kuala Ketil dan SK. Hj. Nyak Gam, Yan. Gamak-gamaknya kerja apa anak-anak murid dulu. Apapun semoga jadi manusia berguna dunia dan akhirat. Ronda pula ke Gunung Jerai . Terimbas kenangan naik lori semasa turun bersama kawan-kawan kelas E. Best juga rupanya naik lori ni. Pi Penang sedap gak pekena pasembor sambil bawa mak jalan-jalan round Penang. Akhir sekali sebab anak-anak bising nak tidur hotel bawa tidur hotel kat Shah Alam. Jadilah sambil pi Taman Pertanian Shah Alam, Wet World, shopping complex dan makan kebab Feross. Sedap gak. Apa pun cuti balik kampung kat Taiping paling best sebab jumpa mak dan semua kakak tersayang. Jadi over all cuti kali ini pun best sangat!

Wednesday, November 25, 2009

perayaan aidil adha

salam. Aidil adha datang lagi. Rupa-rupanya ada anak ramai pun belum tentu boleh meringankan tugasan emak sbb tak semua terror masak macam mak. Kami adik beradik mampu menyediakan bahan-bahannya tapi yang masak mesti mak. Anak saudara tengah ramai ni tapi masih kecil jadi bolehlah tolong kupas bawang je. Yang besar sibuk dengan exam, so belum sampai.
Anyway, selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Friday, November 13, 2009

selamat datang ke blog saya

hi! saya pun tak ketinggalan dalam dunia teknologi ni. Hari ni baru belajar nak buat blog.